Friday, 6 January 2012

Jersi Pasukan Bertanding Liga Malaysia 2012

Liga Malaysia akan dibuka tirainya tidak lama lagi, dengan perlawanan pertama yang akan berlansung nanti sudah tentunya pasukan kelantan akan menentang negeri sembilan bagi merebut kejuaraan piala sumbangsih atau pun community shield atau piala sultan Ahmad Shah.
Bagi menambah kehangatan pasukan yang akan bertanding disini, disini saya paparkan jersi-jersi pasukan yang akan bertanding dalam liga super 2012 untuk di kongsi bersama..

1) Kelantan (TRW)

2) Selangor FA


3) Perak FA
 4) Penang FA


5) Johor FA


6) Sarawak FA



7) Perlis FA
8) Melaka FA
9) ATM FA


walapun saya tidak dapat paparkan kesemua jersi pasukan yang bertanding dalam liga malaysia musia 2012 ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi industri sukan tanah air kita khususnya sukan bola sepak yang tercinta ini..

p/s: Gomo kelate gomo

Tuesday, 20 December 2011

Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011?

Sebelum 2011 melabuhkan tirainya, satu perkara yang susah atau dibuat-buat bodoh, tidak tahu oleh penggiat  media mahupun FAM akui, untuk memberi pengiktirafan kepada penyokong ialah pengiktirafan penyokong paling bernilai. Bukanlah penting sangat pengiktirafan ini tetapi dengan pengiktirafan ini boleh mencabar keutuhan jiwa serta menemplak penyokong pasukan lain dan pendokong media massa yang sering memperlekehkan kemampuan rakyat Kelantan menghabiskan wang ringgit menyaksikan perlawanan pasukan mereka walhal untuk makluman bersama tiket mereka lebih mahal sehingga 20%-50% daripada harga tiket di stadium lain. Pengiktirafan ini boleh dianggap seperti anugerah "Pelajar 100% hadir sekolah", ianya tidak bermakna apa-apa pada umum tetapi ibu bapa serta adik-beradik yang membesarkan mereka kembang jugalah lubang hidung memegang sijili ini atau sekurang-kurangnya mengwujudkan persaingan sihat di kalangan pelajar dan dalam isu ini penyokong itu sendiri.

Disaat pimpinan FAM sibuk meneliti proses pengundian baru-baru ini, pihak TRWC sempat menanyakan kepada tiga orang pegawai atasan FAM (tidak mahu nama didedahkan kerana TRWC media eksklusif KAFA sahaja) yang sedang memimpin tiga pasukan berlainan tentang kenyataan "Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011" adakah benar atau tidak kenyataan ini bagi menutup tahun 2011 dengan penuh yakin dan pengiktirafan kepada seluruh penyokong Kelantan sekaligus sebagai penyuntik semangat kepada seluruh penyokong pasukan lain pada 2012 nanti.
Ketiga-tiga pemimpin atasan FAM bersetuju dengan kenyataan ini, bagi mereka penyokong pasukan mereka lebih bertuah berbanding penyokong Kelantan dari segi kemudahan stadium, harga tiket dan stadium di taja penuh oleh kerajaan negeri tetapi itu semua adalah faktor sementara untuk menarik penyokong ke stadium tanpa rasa terbeban, jika kita mendapat sambutan sehangat penyokong Kelantan, kita juga tidak mahu terlalu bergantung pada subsidi kerajaan kerana stadium juga memerlukan kos pengurusan yang tinggi dan menggunakan wang rakyat. Oleh itu, anda perlu lihat pada dua tanggungan kerajaan negeri menggunakan duit rakyat dalam hal ini iaitu kos menguruskan stadium dan mengurangkan harga tiket pada paras termurah bagi sebuah liga berprestij di Malaysia malah melalui penelitian harga tiket ini antara termurah di Asia Tenggara. Untuk maju kita perlu mengambil contoh pasukan yang telah maju di eropah mahupun asia seperti Jepun dan Korea.

Apa yang anda perlu tahu 50% daripada hasil kutipan tiket bagi setiap perlawanan dapat menampung kos pengurusan pasukan dalam tempoh sebulan. Cuba kamu bayangkan jika 1000 orang sahaja yang hadir bagi empat perlawanan di stadium tuan rumah, mampukah pasukan ini membina satu pasukan yang mantap tanpa bantuan kerajaan. Tidak peliklah jika Liga Malaysia masih dikategorikan kelas D oleh AFC-FIFA. Adakah penaja berminat menaja pasukan yang kurang mendapat sokongan ini? Sanggupkah anda mengeluarkan jutaan wang ringgit untuk melihat jersi pasukan yang anda taja tersadai di kedai-kedai sukan? Semua jawapan pada persoalan ini dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan pada tajuk artikel ini. Oleh itu tidak hairanlah jika Happy, Yusmira, Sinar Harian, Masterskill, RW Plus Energy, Umbro, Alhamra dan Warriors sanggup menaja pasukan Kelantan 2012 kerana mereka tahu potensi yang ada pada penyokong Kelantan.
 Bagaimana Penyokong Kelantan yang sering menghadiahkan denda kepada KAFA, Adakah layak untuk gelaran ini? Untuk pengetahuan bersama provokasi atau kontroversi adalah antara salah satu faktor penarik dalam dunia bolasepak, bagi sebuah pasukan yang sedang meningkat naik seperti Kelantan, isu-isu ini penting untuk mendidik penyokong mereka ke arah lebih profesional dan belajar daripada setiap kesalahan yang dilakukan supaya tidak lagi membeban pasukan jika benar jiwa dan hati mereka ikhlas pada pasukan. Kekadang ada juga segelintir yang hadir sekadar menunjukkan lagak hero atau mempamerkan kehebatan tidak bertempat dan menonton bolasepak adalah keinginan kedua mereka. Tidak hairanlah jika masih ada penyokong Kelantan sendiri sanggup mengiyakan pertanyaan orang lain atau media tentang isu berkaitan penyokong Kelantan suka bergaduh atau membuat masalah kerana mereka bukan pengikut setia perkembangan bolasepak Kelantan yang sudah jauh berubah dari segi sokongan penyokongnya, mereka muncul apabila Kelantan berada di final atau perlawanan melibatkan pasukan gergasi sahaja, namun apabila diminta menghuraikan perkembangan sikap penyokong Kelantan, mereka menjawab seolah-olah mereka sering datang ke stadium.

Tahun 2012 memasuki era baru bolasepak Kelantan, penyokong Kelantan bukan lagi memikirkan untuk membeli tiket kapal terbang ke Sabah atau Sarawak tetapi mereka hari ini sedang berpakat untuk terbang bersama ke setiap stadium yang melibatkan perlawanan bolasepak Kelantan dalam saingan Piala AFC nanti iaitu ke negara Indonesia, Vietnam dan Myammar. Ini sikap dan jiwa ada pada penyokong sejati The Red Warriors, mereka tidak banyak cakap atau wang tetapi jiwa mereka besar, setiap langkah pemain mereka, mereka mengikuti dengan penuh semangat dan yakin di atas kapal laut, pelantar minyak di tengah laut, luar negara dan di mana-mana sahaja tempat keberadaan mereka di muka bumi ini.

Biarlah semangat kita ini kekadang dipandang "poyo atau lebih sudu daripada kuah" oleh penyokong pasukan lain tetapi dalam bolasepak penyokong seperti penyokong Kelantan sangat diperlukan dalam membangunkan pasukan dan penjenamaan pasukan ke serata dunia. Saat inilah juga peluang untuk penyokong Kelantan menyeru rakan-rakan mereka daripada pasukan lain supaya bangkit mengenal asal usul mereka menyokong pasukan negeri mereka meskipun hati sudah tebal dengan minat pada pasukan eropah.

Klik Disini, Jika anda ingin buktikan pengiktirafan ini benar atau ingin mengundi pasukan atau pemain kegemaran anda..Andalah penentu nadi Sukan Malaysia.

                                            "gomo klate gomo, gomo Malaysia gomo"

Saturday, 17 December 2011

Format Liga Malaysia 2013-2016

Liga Malaysia 2012
Liga Super 2012 (14 pasukan)
Pasukan tempat ke 1-10 kekal di Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 11, 12 dan 13 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 14 diturunkan ke Liga Premier 2013

Liga Premier 2012 (12 pasukan)
Juara Liga Premier 2012 Layak ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 2 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 3-7 kekal di Liga Premier 2013
Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 bermain playoff ke Liga FAM 2013
Pasukan tempat tempat ke-11 dan 12 dikeluarkan dari Liga Premier 2013

Playoff Ke Liga Super 2013 (1 tempat) secara kalahmati
1. Pasukan tempat 11, 12 dan 13 Liga Super 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga Premier 2013 (1 pasukan)

Playoff Ke Liga Premier 2013 (2 tempat) secara kalahmati
1. Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 Liga Premier 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga FAM 2013 (1 pasukan)
3. Juara Liga FAM 2012 layak secara terus ke Liga Premier 2013

Piala Malaysia 2012 (16 pasukan)
12 pasukan Liga Super dan 4 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan

Liga Malaysia 2013-2016
Liga Super (12 pasukan)

Liga Premier (12 pasukan)

Piala Malaysia 2013 (24 pasukan)
12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 6 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan. Juara kumpulan serta dua pasukan terbaik naib juara kumpulan layak ke suku akhir,

*Keputusan ini tidak membabitkan Lions XII dan Harimau Muda B yang dikecualikan dari naik turun liga
Selepas format 12 pasukan kedua-dua liga sudah stabil musim 2012, turun naik liga hanya membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Perdana tanpa memerlukan sebarang aksi playoff
 

Mampukah skuad red warriors mempertahankan kejuaraan, sama-samalah kite nantikan..
gomo klate gomo..

 .

Monday, 12 December 2011

Download Borang bantuan Rm500 (BR1M)

Akhirnya borang bantuan rm500 yang dinanti-nantikan telah dikeluarkan secara rasminya bermula semalam iaitu 10 disember...

Sesiapa yang ingin Download borang bantuan tersebut boleh klik disini..

Saturday, 10 December 2011

Saya mangalami Sindrom Metabolik...

Setelah sekian lama, baru kini saya mengetahui diri saya mengalami sindrom metabolik yang mana akan meninggikan risiko saya untuk mendapat kencing manis, serangan jantung dan stroke.

Apakah itu Sindrom Metabolik?
Sindrom metabolik adalah satu situasi dimana kumpulan penyakit yang berlaku pada masa yang sama dan ia meninggikan risiko anda untuk mendapat kencing manis, serangan jantung dan stroke.

Anda mengalami sindrom metabolik sekiranya
ukur lilit pinggang anda melebihi had :
a) 90cm bagi lelaki atau
b) 80cm bagi perempuan

Serta mempunyai
2 daripada 4 gejala berikut :
  • Paras gula dalam darah  5.6 mmol/l atau menerima rawatan untuk diabetes
  • Tekanan darah  130/85mmhg atau menerima rawatan untuk tekanan darah tinggi
  • Tahap triglycerides  1.7mmol/l atau menerima rawatan untuk lemak dalam darah
  • Tahap HDL-C < 1.03mmol/l untuk lelaki atau <1.29mmol/l untuk wanita

untuk menangani masalah ini nampaknya saya harus meluangkan masa saya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, makan diet yang lebih sihat (healthy diet) dan juga senaman yang bagus...

Katakan tidak kepada penyakit hipertensi di masa muda (young hipertension)...

p/s.. wah, dapatkah saya amalkan yea...