Saturday, 10 December 2011

Saya mangalami Sindrom Metabolik...

Setelah sekian lama, baru kini saya mengetahui diri saya mengalami sindrom metabolik yang mana akan meninggikan risiko saya untuk mendapat kencing manis, serangan jantung dan stroke.

Apakah itu Sindrom Metabolik?
Sindrom metabolik adalah satu situasi dimana kumpulan penyakit yang berlaku pada masa yang sama dan ia meninggikan risiko anda untuk mendapat kencing manis, serangan jantung dan stroke.

Anda mengalami sindrom metabolik sekiranya
ukur lilit pinggang anda melebihi had :
a) 90cm bagi lelaki atau
b) 80cm bagi perempuan

Serta mempunyai
2 daripada 4 gejala berikut :
  • Paras gula dalam darah  5.6 mmol/l atau menerima rawatan untuk diabetes
  • Tekanan darah  130/85mmhg atau menerima rawatan untuk tekanan darah tinggi
  • Tahap triglycerides  1.7mmol/l atau menerima rawatan untuk lemak dalam darah
  • Tahap HDL-C < 1.03mmol/l untuk lelaki atau <1.29mmol/l untuk wanita

untuk menangani masalah ini nampaknya saya harus meluangkan masa saya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, makan diet yang lebih sihat (healthy diet) dan juga senaman yang bagus...

Katakan tidak kepada penyakit hipertensi di masa muda (young hipertension)...

p/s.. wah, dapatkah saya amalkan yea...


No comments:

Post a Comment